Kelab Wanita Ikon Malaysia Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2026/27
Anugerah Wanita Ikon 2026/27 Melaka

Azlifa Binti Md Idris

Wanita Ikon Melaka 2026/27

Biodata

Umur 49 tahun
Tarikh Lahir 5 May 1977
Pendidikan
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Malaya (UM)
  • Diploma in Syariah Law Practice, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Kerjaya
  • Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya
  • Peguam Syarie
  • Pengasas dan Pengarah Tetuan Mahaiyuddin Azlifa & Co.
Menarik Tentang

Menarik Tentang Azlifa Binti Md Idris

Puan Azlifa merupakan seorang peguam berpengalaman lebih 20 tahun yang berjaya membangunkan firma guamannya sendiri sehingga berkembang ke Negeri Sembilan. Selain aktif dalam bidang perundangan, beliau turut memainkan peranan penting dalam pelbagai NGO termasuk PERKIM, Persatuan Pandu Puteri dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. Beliau dikenali sebagai individu yang komited memperkasa masyarakat melalui pendidikan undang-undang, khususnya berkaitan harta pusaka, faraid dan hak wanita. Dengan prinsip amanah, ikhlas dan bertanggungjawab, beliau sentiasa berusaha memberi inspirasi serta menyumbang kembali kepada masyarakat melalui ilmu dan khidmat yang dimiliki.

Suara Calon

Manifesto

Memperkasa wanita dengan ilmu dan kesedaran undang-undang bagi membina keluarga yang bahagia dan masyarakat sejahtera. Mendidik wanita supaya berani, berdikari serta peka dengan hak-hak di sisi perundangan seterusnya melahirkan masyarakat yang prihatin dalam usaha membina negara yang berjaya.

“Wanita Berani, Sayangi Diri, Sayangi Keluarga, Negara Berjaya”

— Legasi Wanita, Aspirasi Negara