Kelab Wanita Ikon Malaysia Kelab Wanita Ikon Malaysia
Undian Dibuka
Undian Terbuka Umum

Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2026/27

Legasi Wanita, Aspirasi Negara
15 Aug 2026 – 10 Oct 2026 4 Kategori 9,010 Undian

Anugerah Wanita Ikon Malaysia merupakan satu platform berprestij untuk mencari dan mengiktiraf seorang wanita yang layak dijadikan ikon serta contoh teladan kepada wanita-wanita lain di Malaysia. Anugerah ini bukan sekadar penghargaan, tetapi bertujuan memperkasakan seluruh wanita dengan membentuk wanita yang berkeyakinan, berpengaruh dan berdaya saing. Wanita Ikon yang terpilih harus mampu menjalankan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan (CSR), mengenal pasti keperluan wanita di sekeliling mereka serta mencari solusi untuk membantu memperkasakan golongan wanita. Mereka juga berperanan sebagai role model dan sumber inspirasi kepada wanita lain untuk membangunkan potensi diri serta masa depan yang lebih baik.

Anugerah Wanita Ikon Malaysia (AWIM) merupakan platform pengundian rasmi Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM) untuk memilih Wanita Ikon Malaysia, Wanita Ikon Muda, Wanita Ikon Inspirasi, dan Wanita Ikon Waja bagi edisi semasa. Untuk mengundi calon pilihan anda, anda perlu log masuk menggunakan akaun Google atau Facebook anda. Ini bertujuan untuk mengesahkan setiap pengundi adalah individu sebenar dan unik, serta memastikan satu undi bagi setiap orang untuk setiap kategori anugerah. Kami tidak mengakses senarai kenalan, hantaran, atau sebarang maklumat lain daripada akaun anda selain nama dan e-mel.

Kategori 01

Anugerah Wanita Ikon 2026/27

9 Calon
Kategori 02

Anugerah Wanita Muda 2026/27

11 Calon
Kategori 03

Anugerah Wanita Waja 2026/27

3 Calon
Kategori 04

Anugerah Wanita Ikon Inspirasi 2026/27

2 Calon