Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2026/27
Nur Ameera Nabila Azmi atau lebih dikenali sebagai Cikgu Meera merupakan seorang pendidik inspirasi yang aktif memperkasakan pendidikan muzik, seni dan budaya dalam kalangan generasi muda. Berkhidmat sebagai Guru Cemerlang Pendidikan Muzik di SK Padang Pekan, Kedah, beliau turut dikenali sebagai Edufluencer Kementerian Pendidikan Malaysia yang menghasilkan kandungan pendidikan digital kreatif untuk manfaat masyarakat. Selain aktif sebagai fasilitator, jurulatih dan hakim pertandingan syair di peringkat negeri dan kebangsaan, beliau telah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Anugerah Biduan Syair Negara 2022, Anugerah Ikon Guru Nadi Negara KPM 2018, serta Anugerah Ikon Wanita Muda Negeri Kedah 2026. Dedikasi beliau dalam pendidikan, seni dan pembangunan bakat murid menjadikan beliau antara ikon wanita muda yang memberi inspirasi kepada masyarakat.
“Bukan semua bunga mekar di taman yang sama, namun setiap satunya punya haruman tersendiri.
Andai diberi ruang, saya ingin terus menyemai inspirasi, menyuburkan potensi dan meninggalkan manfaat yang mekar dalam kehidupan insan. Mendidik dengan ilmu, memimpin dengan inspirasi“