Kelab Wanita Ikon Malaysia Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2026/27
Anugerah Wanita Muda 2026/27 Kelantan

Sharifah Nori Binti Bahar

Wanita Ikon Muda Kelantan 2026/27

Biodata

Umur 34 tahun
Tarikh Lahir 3 February 1992
Pendidikan
  • Diploma dalam Human Resource Management, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Gua Musang
Kerjaya
  • Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), PinkandBelle Sdn. Bhd.
Menarik Tentang

Menarik Tentang Sharifah Nori Binti Bahar

Noriey Bahar merupakan seorang usahawan wanita muda yang berjaya membangunkan PinkandBelle Sdn. Bhd. sebagai antara jenama penjagaan kulit tempatan yang mendapat kepercayaan pengguna di seluruh Malaysia. Dengan pengalaman lebih tujuh tahun dalam bidang keusahawanan, pembangunan jenama dan pemasaran digital, beliau bukan sahaja berjaya mengembangkan perniagaan, malah membina rangkaian usahawan yang terdiri daripada ribuan wanita di seluruh negara. Melalui kepimpinan dan bimbingannya, ramai wanita berjaya menjana pendapatan, meningkatkan keyakinan diri serta mencapai kebebasan kewangan. Selain aktif dalam dunia perniagaan, beliau turut komited melaksanakan pelbagai program kebajikan, pembangunan komuniti dan pemerkasaan wanita. Atas kecemerlangannya, beliau menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Anugerah Ikon Wanita Muda Kelantan 2026/2027 dan Anugerah Ikon Sayyidatina Khadijah Al-Khuwailid 2026.

Suara Calon

Manifesto

“Memperkasa wanita, mencipta peluang dan menyalakan harapan. Teguh melangkah, berani mencipta kejayaan, namun tetap luhur dalam memberi. Menjadi inspirasi yang membawa manfaat, mengangkat wanita dan bersama membina ummah.“

— Legasi Wanita, Aspirasi Negara