Kelab Wanita Ikon Malaysia Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2026/27
Anugerah Wanita Muda 2026/27 Negeri Sembilan

Nurul Shahira Binti Mazli

Wanita Ikon Muda N.Sembilan 2026/27

Biodata

Umur 29 tahun
Tarikh Lahir 24 February 1997
Pendidikan
  • Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiyah (Jabatan Syariah), Universiti Al-Azhar, Mesir
  • Tersenarai dalam 10 pelajar terbaik fakulti dan menamatkan pengajian dengan keputusan cemerlang.
Kerjaya
  • Pengarah Urusan, Ramsis Enterprise
  • Pengasas Jenama Tokey Bahulu Itik
Menarik Tentang

Menarik Tentang Nurul Shahira Binti Mazli

Nurul Shahira Mazli merupakan usahawan muda Negeri Sembilan yang berjaya membangunkan jenama Tokey Bahulu Itik daripada perniagaan kecil yang bermula ketika menuntut di Mesir. Berdepan cabaran keluarga dan kekangan modal, beliau bangkit membangunkan perniagaan makanan tradisional sehingga berjaya menembusi pasaran lebih luas serta menjadi antara usahawan muda yang mendapat pengiktirafan pelbagai agensi kerajaan. Beliau turut aktif sebagai panel penceramah pengurusan kewangan komuniti, membantu usahawan kecil meningkatkan kemahiran kewangan dan perniagaan. Kejayaannya melayakkan beliau menerima Anugerah Ikon Wanita Muda Negeri Sembilan 2026/27 serta beberapa pengiktirafan keusahawanan peringkat negeri.

Suara Calon

Manifesto

Memperkasa wanita dan belia melalui kemahiran, keusahawanan dan ilmu, khususnya dalam membina potensi masyarakat luar bandar. Menjadikan ilmu dan kemahiran sebagai jalan keluar daripada kemiskinan dan kesusahan. Membentuk wanita dan anak muda dengan prinsip dan akidah yang teguh, Kerana wanita yang diperkasa mampu memperkasa wanita, belia dan generasi seterusnya dengan lebih baik"

— Legasi Wanita, Aspirasi Negara