Kelab Wanita Ikon Malaysia Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2026/27
Anugerah Wanita Muda 2026/27 Johor

Ezzah Nellysa Binti Mohammad Fairus

Wanita Ikon Muda Johor 2026/27

Biodata

Umur 33 tahun
Tarikh Lahir 3 August 1993
Pendidikan
  • Politeknik Merlimau
Kerjaya
  • Usahawan
  • Pemimpin Wanita & Senior Leader AINAA
Menarik Tentang

Menarik Tentang Ezzah Nellysa Binti Mohammad Fairus

Ezzah Nellysa merupakan seorang usahawan dan pemimpin wanita yang berjaya membina kerjayanya bersama AINAA selepas melalui pelbagai cabaran hidup. Bermula sebagai penganjur acara dan pernah bekerja di Singapura, beliau kini bergelar Senior Leader AINAA serta ibu kepada tiga orang cahaya mata. Di bawah kepimpinannya, Kluster Nellysa berkembang kepada 133 ahli yang majoritinya terdiri daripada suri rumah dan wanita muda yang dibimbing untuk menjana pendapatan serta meningkatkan taraf hidup keluarga. Beliau aktif memperkasakan wanita melalui pembangunan keyakinan diri, kepimpinan dan kebebasan kewangan, dengan misi melahirkan lebih ramai wanita yang mampu menjadi pemimpin dan inspirasi kepada komuniti mereka.

Suara Calon

Manifesto

“Wanita Biasa, Luar Biasa”

Saya mahu menjadi ikon yang dekat dengan masyarakat dan membuktikan bahawa setiap wanita mampu berjaya apabila berani bermula.

Saya ingin membantu lebih ramai wanita Johor membina keyakinan, menjana pendapatan dan merealisasikan impian mereka. Bagi saya, kejayaan sebenar bukan apabila kita berjaya sendirian, tetapi apabila kita membawa lebih ramai wanita bangkit bersama.

— Legasi Wanita, Aspirasi Negara