Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2026/27
Che’ Puan Intan Safinaz merupakan peneraju industri penjagaan warga emas yang berjaya membangunkan Laman Khaira Care Centre dan Khaira Academy secara organik tanpa sebarang pinjaman bank. Beliau aktif memperjuangkan profesionalisme industri penjagaan melalui TVET, pembangunan kurikulum kebangsaan serta penglibatan dalam Dasar Warga Emas dan Pelan Tindakan Ekonomi Penjagaan Malaysia 2026–2030. Sebagai ibu tunggal kepada dua anak cemerlang, beliau membuktikan bahawa ketabahan, ilmu dan kepimpinan mampu mencipta impak besar kepada masyarakat. Sumbangannya turut diiktiraf melalui penganugerahan Darjah Setia Negeri Sembilan (D.N.S.) dan Ahli Setia Negeri Sembilan (A.N.S.).
"Mengangkat martabat wanita melalui ilmu dan kemahiran, agar mampu mencipta peluang, membina masa depan, memperkasa ekonomi penjagaan dan menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.”