Kelab Wanita Ikon Malaysia Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2026/27
Anugerah Wanita Ikon 2026/27 Johor

Farrah Faridah Baptist

Wanita Ikon Johor 2026/27

Biodata

Umur 45 tahun
Tarikh Lahir 3 June 1981
Pendidikan
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perbankan Islam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam
  • Diploma Perbankan Islam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Alor Gajah, Melaka
Kerjaya
  • Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Ihsan Johor
  • Pengarah Program Social Hero Foundation
  • Pakar Pengurusan Bencana dan Kemanusiaan
  • Bekas Pengurus Kanan Bank Islam Malaysia Berhad (2004–2017)
Menarik Tentang

Menarik Tentang Farrah Faridah Baptist

Farrah Faridah Baptist merupakan seorang tokoh kemanusiaan dan pakar pengurusan bencana yang telah mengabdikan lebih sedekad kehidupannya dalam membantu komuniti terkesan akibat bencana, kemiskinan dan krisis kemanusiaan. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ihsan Johor, beliau telah menerajui misi bantuan di Malaysia serta tujuh negara termasuk Turkiye, Syria, Palestin, Pakistan, Indonesia, Myanmar dan Aceh. Sepanjang tempoh 2018 hingga 2026, beliau berjaya menggerakkan bantuan bernilai RM9.7 juta yang memberi manfaat kepada lebih 1.3 juta penerima. Komitmen beliau dalam membina daya tahan komuniti, memperkasa golongan rentan dan menggerakkan sukarelawan telah melayakkan beliau menerima pengiktirafan sebagai Ikon Wanita Johor 2026/27.

Suara Calon

Manifesto

“Bagi seorang pemimpin sebenar, saya percaya kehebatan bukanlah pada pengiktirafan yang diterima, tetapi pada kehidupan yang dapat kita tinggikan. Diberi peluang hidup kali kedua selepas komplikasi semasa melahirkan anak keempat, seluruh tenaga, masa dan kemampuan saya dimanfaatkan sepenuhnya untuk berbakti kepada sesama manusia. Dengan 14 tahun pengalaman perbankan dan 10 tahun berkhidmat di dalam dan luar negara, mari kita ubah empati menjadi tindakan, dan harapan menjadi kenyataan.“

— Legasi Wanita, Aspirasi Negara