Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2026/27
"Saya percaya kekayaan sebenar bukan sekadar tentang berapa banyak wang yang kita miliki, tetapi sejauh mana ilmu mampu mengubah kehidupan. Setelah bertahun-tahun dalam industri pasaran modal, perjuangan saya adalah menjadikan literasi kewangan lebih mudah difahami dan dicapai oleh semua lapisan masyarakat. Saya mahu membantu masyarakat bukan sahaja mencari rezeki, tetapi bijak mengurus, melindungi dan mengembangkan hasil titik peluh mereka. Apabila seorang individu celik kewangan, kita berpotensi mengubah masa depan sebuah keluarga dan sebuah generasi. Itulah legasi yang ingin saya bina.”