Kelab Wanita Ikon Malaysia Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2026/27
Anugerah Wanita Ikon 2026/27 Terengganu

Raihana Binti Ismail

Wanita Ikon Terengganu 2026/2

Biodata

Umur 40 tahun
Tarikh Lahir 15 September 1985
Pendidikan
  • Doctor of Medicine (MD), Crimea State Medical University, Ukraine
  • Certified American Board of Redefined Medicine (Anti-Aging & Fertility), Chicago, USA.
Kerjaya
  • CEO, Efferty International Sdn. Bhd.
  • Doktor Perubatan
  • Pakar Kesuburan, Kesihatan Wanita dan Kesihatan Reproduktif
Menarik Tentang

Menarik Tentang Raihana Binti Ismail

Dr. Raihana Ismail merupakan seorang doktor perubatan dan usahawan berjaya yang mendedikasikan kerjayanya dalam membantu pasangan mendapatkan zuriat serta meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan reproduktif wanita. Sebagai CEO Efferty International Sdn. Bhd., beliau telah membantu lebih 5,000 individu mencapai impian memiliki cahaya mata melalui produk dan program kesuburan yang inovatif. Di bawah kepimpinannya, Efferty berkembang menjadi antara jenama kesuburan terkemuka di Malaysia dengan jualan melebihi 30,000 unit sebulan serta menembusi pasaran antarabangsa termasuk Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu. Beliau turut menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Women's Inspiration Award MARA 2024/2025 dan TikTok Super Creator 2024.

Suara Calon

Manifesto

“Menyuburkan wanita dengan ilmu, keyakinan dan peluang agar mampu berdiri, bertumbuh dan membina ekonomi sendiri. Menjadikan setiap cabaran sebagai kekuatan, setiap ilmu sebagai jalan dan setiap kejayaan sebagai peluang untuk mengangkat wanita lain. Kerana wanita yang subur mindanya, kukuh ekonominya dan besar jiwanya bukan hanya mengubah kehidupannya, tetapi memperkasakan keluarga, membina generasi dan memberi manfaat kepada masyarakat.”

— Legasi Wanita, Aspirasi Negara