Kelab Wanita Ikon Malaysia Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2026/27
Anugerah Wanita Waja 2026/27 Selangor

Reynu Rajan

Wanita Ikon Waja Selangor 2026/27

Biodata

Umur 43 tahun
Tarikh Lahir 10 December 1982
Pendidikan
  • MBBS, Sarjana Pembedahan (M.Surg) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Fellowship dalam Pembedahan Invasif Minimum, Upper Gastrointestinal dan Metabolik (UKM)
  • Fellowship Advanced Laparoscopy & Bariatric Surgery (India)
  • Fellowship Bariatric Surgery (Taiwan)
Kerjaya
  • Pakar Bedah Upper Gastrointestinal dan Bariatrik
Menarik Tentang

Menarik Tentang Reynu Rajan

Dr. Reynu Rajan merupakan antara pakar bedah bariatrik dan metabolik terkemuka Malaysia yang diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau mencipta sejarah sebagai pakar bedah pertama di Malaysia yang berjaya melaksanakan Pembedahan Bariatrik Laparoskopik Insisi Tunggal (SILS) serta menerima dua pengiktirafan Malaysia Book of Records atas inovasi dalam bidang pembedahan. Beliau juga telah menerbitkan lebih 86 artikel saintifik, menerima lebih 1,000 sitasi akademik dan menjadi pakar bedah Upper Gastrointestinal pertama dari Malaysia yang dijemput menyampaikan syarahan saintifik di Universiti Oxford. Komitmen beliau terhadap pendidikan, penyelidikan, advokasi pesakit obesiti dan pembangunan garis panduan nasional menjadikan beliau penerima Anugerah Ikon Wanita Waja Selangor 2026/27.

Suara Calon

Manifesto

“Saya percaya setiap pesakit berhak mendapat rawatan terbaik tanpa stigma, diskriminasi atau prejudis.Sebagai seorang pakar bedah dan advokat kesihatan, saya mahu menggunakan suara dan platform ini untuk meningkatkan kesedaran terhadap penyakit yang sering disalahfahami serta menghapuskan stigma dan diskriminasi yang dihadapi pesakit, di samping memperjuangkan akses rawatan yang lebih adil dan saksama. Aspirasi saya adalah untuk membina masyarakat yang lebih berilmu dan berempati demi kehidupan pesakit yang lebih sihat dan berkualiti.”

— Legasi Wanita, Aspirasi Negara