Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2026/27
Dikenali sebagai “Kak Aircond”, Maizatul Shahida merupakan antara wanita pelopor dalam bidang teknikal penyaman udara (HVAC) yang lazimnya didominasi lelaki. Beliau mengasaskan Kak Aircond Empire dan berjaya membangunkan akademi latihan kemahiran yang melahirkan ramai tenaga kerja serta usahawan teknikal di seluruh negara. Sejak 2016, beliau aktif sebagai usahawan, tenaga pengajar, mentor dan penceramah industri TVET, selain komited memperkasa wanita agar berani menceburi bidang kemahiran teknikal. Melalui latihan, bimbingan dan pembangunan komuniti, beliau membuktikan bahawa wanita mampu mencipta kejayaan dalam bidang profesional, teknikal dan keusahawanan serta menjadi inspirasi kepada generasi muda Malaysia
“Daripada Seorang Wanita Yang Telah Bangkit, Kepada Seluruh Wanita Yang Wajib Bangkit.“