Kelab Wanita Ikon Malaysia Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2026/27
Anugerah Wanita Muda 2026/27 Pulau Pinang

Aqilah Binti Yusoff

Wanita Ikon Muda Pulau Pinang 2026/27

Biodata

Umur 30 tahun
Tarikh Lahir 26 September 1995
Pendidikan
  • PhD dalam Kaunseling, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Sarjana Kaunseling, UNIMAS
  • Ijazah Sarjana Muda Kaunseling, UNIMAS
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Kerjaya
  • Pengasas & Perunding, HAQ Consultant
  • Kaunselor Profesional
  • Akademik
  • Penceramah Motivasi dan Pembangunan Diri
  • Fasilitator Program Kepimpinan
  • Kaunseling dan Pembangunan Komuniti
Menarik Tentang

Menarik Tentang Aqilah Binti Yusoff

Dr. Aqilah Yusoff merupakan seorang kaunselor profesional, akademik dan pengasas HAQ Consultant yang komited memperkasa individu serta komuniti melalui pendekatan berasaskan penyelidikan, pembangunan diri dan kesejahteraan emosi. Beliau aktif mengendalikan program kaunseling, kepimpinan, motivasi dan pembangunan insan untuk sekolah, universiti, organisasi korporat serta NGO. Di peringkat akademik, beliau turut menyumbang dalam penyelidikan berkaitan prestasi kaunselor dan pembangunan instrumen penilaian profesional, termasuk menghasilkan Malaysia Counsellor Performance Indicator (M-CPI) yang menerima pengiktirafan inovasi di peringkat kebangsaan. Kepakaran beliau dalam pembangunan komuniti, kesejahteraan emosi dan latihan kepimpinan menjadikan beliau antara tokoh wanita yang memberi impak signifikan dalam pembangunan modal insan negara.

Suara Calon

Manifesto

“Memperkasa wanita bermula dengan kejelasan minda dan kestabilan emosi. Kompas Kehidupan Wanita adalah sebuah refleksi lengkap yang saya bangunkan khas untuk membawa para wanita menyelusuri enam dimensi utama dalam mengenali diri, kekuatan serta bentuk sokongan yang diperlukan.”

— Legasi Wanita, Aspirasi Negara