Kelab Wanita Ikon Malaysia Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2026/27
Anugerah Wanita Ikon 2026/27 Sabah

Noor Farahdilah Binti Najmuddin

Wanita Ikon Sabah 2026/27

Biodata

Umur 44 tahun
Tarikh Lahir 21 March 1982
Pendidikan
  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perniagaan Antarabangsa, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Universiti Utara Malaysia (UUM).
Kerjaya
  • Pengarah Urusan, Securido Guard Services Sdn. Bhd.
Menarik Tentang

Menarik Tentang Noor Farahdilah Binti Najmuddin

Noor Farahdilah Najmuddin merupakan usahawan dan pemimpin wanita Sabah yang berjaya menerajui Securido Guard Services Sdn. Bhd., sebuah syarikat kawalan keselamatan Bumiputera yang beroperasi di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Berpengalaman lebih dua dekad dalam industri keselamatan, beliau aktif memperjuangkan pembangunan modal insan, kecemerlangan organisasi dan amalan tadbir urus yang berintegriti. Selain kejayaan korporat, beliau turut dikenali melalui komitmen berterusan dalam program CSR yang memberi manfaat kepada anak yatim, golongan asnaf dan komuniti setempat. Kepimpinan beliau telah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Wanita Ikon Sabah 2026/27 dan Anugerah Aspirasi Wanita PUNB 2026.

Suara Calon

Manifesto

"Memperkasa Wanita untuk Berani, Memimpin dan Berdikari"

Membina wanita yang berani bersuara, mempertahankan hak dan keluar daripada situasi yang mengehadkan potensi mereka. Mewujudkan ruang bimbingan dan pembangunan kepimpinan supaya lebih ramai wanita mampu memimpin keluarga, komuniti, organisasi dan perniagaan. Membantu wanita membina ilmu, kemahiran, pendapatan dan jaringan agar mereka mampu menentukan masa depan sendiri.

— Legasi Wanita, Aspirasi Negara