Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2026/27
Kalaivanie Balakrishnan merupakan seorang pendidik, usahawan dan pemimpin komuniti yang telah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama lebih 22 tahun. Beliau bukan sahaja cemerlang sebagai guru dan Ketua Panitia Matematik, malah aktif dalam pembangunan wanita dan komuniti melalui peranan sebagai Naib Presiden MICCE, Pengasas Maya Mantras Melaka serta Penasihat Kewangan Zurich Malaysia. Melalui kerjayanya, beliau telah membantu ramai wanita dan keluarga meningkatkan literasi kewangan serta membina kehidupan yang lebih stabil. Dedikasi beliau dalam pendidikan, keusahawanan dan khidmat masyarakat telah menjadikan beliau seorang wanita inspirasi yang sentiasa memperjuangkan pemerkasaan wanita, pembangunan komuniti dan kecemerlangan generasi masa depan.
“Ikon Hari Ini, Pembentuk Ikon Esok”
Misi saya bukan sekadar menjadi Ikon, tetapi memperkasa wanita, membuka peluang dan melahirkan lebih ramai wanita yang berani bangkit, memimpin dan mencipta sejarah.
Bukan sekadar menjadi Ikon tetapi mencipta Ikon seterusnya. Biarlah dunia melihat, tangan yang memasak juga mampu mencipta sejarah, tangan yang mendidik mampu membentuk generasi. Biarlah setiap wanita menjadi lambang kekuatan, keberanian dan kejayaan.