Kelab Wanita Ikon Malaysia Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2026/27
Anugerah Wanita Muda 2026/27 Selangor

Nur Hazreen Binti Mohd Ramzi

Wanita Ikon Muda Selangor 2026/27

Biodata

Umur 32 tahun
Tarikh Lahir 27 July 1994
Pendidikan
  • Bachelor in Counselling Psychology, Universiti Malaya, Universiti Pancasila, Indonesia,
  • Clinical Psychology, PPUM Universiti Malaya
  • MBA & DBA, Universiti Malaysia Kelantan
Kerjaya
  • CEO Produklega Sdn. Bhd.
  • CEO Produklega Logistic
  • CEO Produklega Supplies
  • COO & CFO Rassa Nutrilab Sdn. Bhd.
  • CFO NKT KB & NKT AEON SA
  • Non-Executive Director KL International Hotel
  • Co-Founder NZ Perfume Manufacturing Associate
  • Leap Oxford
Menarik Tentang

Menarik Tentang Nur Hazreen Binti Mohd Ramzi

Nur Hazreen Mohd Ramzi atau lebih dikenali sebagai Reen Ramzi merupakan seorang usahawan wanita berjaya yang aktif dalam industri pembuatan OEM, logistik, kesihatan dan pembangunan jenama. Beliau telah membantu menghasilkan lebih 300 jenama OEM untuk usahawan tempatan serta menerajui beberapa syarikat dalam pelbagai sektor perniagaan. Berbekalkan latar belakang dalam psikologi kaunseling dan pengurusan perniagaan, beliau turut aktif sebagai penceramah jemputan di universiti, stesen radio dan platform pembangunan usahawan. Selain kecemerlangan korporat, Reen juga komited dalam aktiviti tanggungjawab sosial termasuk membantu mangsa banjir di Kelantan dan Perlis serta menganjurkan program komuniti bersama delegasi antarabangsa. Kepimpinan, daya tahan dan semangat memperkasa usahawan menjadikan beliau seorang ikon wanita yang memberi inspirasi kepada ramai wanita Malaysia.

Suara Calon

Manifesto

“Menyalakan cahaya dalam setiap wanita, membuka jalan untuk mereka melangkah lebih jauh, dan mengangkat mereka untuk terbang lebih tinggi. Wanita yang hebat bukan hanya membina kejayaan untuk dirinya, tetapi mencipta ruang agar wanita lain turut bersinar. Apabila seorang wanita bangkit, dia mampu mengangkat seribu wanita bersamanya.”

— Legasi Wanita, Aspirasi Negara