Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2026/27
Balkis binti Mohd Soib merupakan usahawan wanita Perak yang berjaya membangunkan jenama makanan tradisional Hakak Maneh sejak tahun 2018 sehingga dikenali di seluruh Malaysia melalui platform digital dan e-dagang. Beliau aktif sebagai penceramah, mentor dan panel jemputan dalam bidang keusahawanan serta transformasi digital. Kepakaran beliau merangkumi pembangunan jenama, pemasaran digital, TikTok Shop dan pembangunan usahawan. Selain aktif membantu usahawan baharu, beliau turut menggerakkan pelbagai program CSR dan kerjasama bersama institusi pendidikan. Atas pencapaian cemerlangnya, beliau telah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Ikon Wanita Muda Negeri Perak 2026 dan beberapa anugerah keusahawanan peringkat nasional.
“Ingin memperkasakan wanita daripada “berani bermula” kepada “berani berjaya”. Saya percaya setiap wanita mempunyai potensi untuk mengubah kehidupan apabila diberikan ilmu, peluang dan support sistem yang tepat. Aspirasi saya adalah untuk membantu lebih ramai wanita membina keyakinan, menjana pendapatan dan berdikari melalui perniagaan. Bukan sekadar mampu menyumbang kepada keluarga, tetapi menjadi wanita yang memberi manfaat kepada masyarakat serta turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.”