Kelab Wanita Ikon Malaysia Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2026/27
Anugerah Wanita Muda 2026/27 Terengganu

Wan Nurul Ain Binti Wan Shaaidi

Wanita Ikon Muda Terengganu 2026/27

Biodata

Umur 39 tahun
Tarikh Lahir 24 March 1987
Pendidikan
  • Sarjana Sains (MSc) dalam Sains Bahan, Universiti Putra Malaysia (UPM).
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Fizik, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Kerjaya
  • Pengasas dan Pengurus Totebagstganu Resources
  • Bekas Pensyarah Fizik di MAHSA University College dan Penyelidik di Universiti Putra Malaysia.
Menarik Tentang

Menarik Tentang Wan Nurul Ain Binti Wan Shaaidi

Wan Nurul Ain Wan Shaaidi merupakan usahawan sosial Terengganu yang menggabungkan kelestarian perniagaan dengan pembangunan komuniti melalui perusahaan Totebagstganu Resources. Berkelulusan Sarjana Sains dalam bidang Sains Bahan dari Universiti Putra Malaysia, beliau komited memperkasakan wanita dan komuniti setempat melalui penghasilan produk berasaskan warisan Batik Asli Terengganu. Kepimpinan beliau telah mendapat pengiktirafan menerusi penerimaan Hasanah Social Enterprise Fund (HSEF 2024) Yayasan Hasanah serta Pengelasan Industri Kraf Tangan Malaysia 3 Bintang. Selain aktif dalam keusahawanan sosial, beliau turut pernah berkhidmat sebagai pensyarah dan penyelidik, menjadikan beliau seorang wanita yang berjaya menggabungkan ilmu, inovasi dan impak sosial dalam satu platform pembangunan masyarakat.

Suara Calon

Manifesto

“Dari warisan yang dipelihara, kita lahirkan kemahiran dan cipta peluang. Apabila peluang itu dikongsi dalam komuniti, lahirlah karya dan pendapatan. Dengan memperkasakan wanita & belia untuk berkembang, kita bukan sekadar memelihara warisan, malah membina kehidupan dan masa depan yang lebih cerah.”

— Legasi Wanita, Aspirasi Negara