Kelab Wanita Ikon Malaysia Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2026/27
Anugerah Wanita Waja 2026/27 Negeri Sembilan

Parameswari A/p Manohran

Wanita Ikon Waja N.Sembilan 2026/27

Biodata

Umur 40 tahun
Tarikh Lahir 5 September 1986
Pendidikan
  • Master’s Degree in Early Childhood Education (Special Needs)
  • Bachelor’s Degree in Early Childhood Education
  • Bachelor’s Degree in Accounting
  • Diploma in Early Childhood Education,
  • Special Needs Training (Australia)
  • Advanced Training in Autism & Inclusive Education (Jepun, China & India)
Kerjaya
  • Co-Founder merangkap Senior Principal, Sunshine Educational Group (M) Sdn. Bhd.
Menarik Tentang

Menarik Tentang Parameswari A/p Manohran

Mrs. Parameswari Manoharan merupakan Co-Founder dan Senior Principal Sunshine Educational Group (M) Sdn. Bhd., antara rangkaian prasekolah yang berkembang pesat di Malaysia. Dengan lebih 15 tahun pengalaman dalam pendidikan awal kanak-kanak, beliau memainkan peranan penting dalam pembangunan kurikulum, latihan guru, pendidikan inklusif serta pengembangan francais Sunshine Kids yang kini mempunyai beberapa cawangan di seluruh negara. Beliau juga dikenali sebagai perintis wanita India pertama di Malaysia yang membangunkan francais pendidikan prasekolah. Komitmennya terhadap pendidikan berkualiti dan pendidikan khas telah melayakkan beliau menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa termasuk Anugerah Wanita Ikon Waja Negeri Sembilan 2026/27, She Awards India 2026 dan Global Entrepreneur of the Year Award 2026.

Suara Calon

Manifesto

“Sebagai pendidik, saya percaya pendidikan mampu menyalakan cahaya dalam setiap insan. Aspirasi saya adalah menginspirasi wanita untuk berani bermimpi, membina keyakinan dan membuka jalan untuk generasi seterusnya. Melalui pendidikan, pemerkasaan wanita dan khidmat masyarakat, saya ingin berkongsi ilmu, membuka peluang serta memberi impak yang bermakna, kerana kejayaan sebenar adalah apabila kita mampu mengangkat dan menerangi kehidupan orang lain”

— Legasi Wanita, Aspirasi Negara