Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2026/27
Ceylyn Tay Wei Lung merupakan usahawan wanita berjaya dari Perak yang menerajui jenama halal terkenal, Canning Dim Sum, sehingga berjaya menembusi pasaran antarabangsa termasuk Dubai, Australia, Indonesia, Singapura, Turkiye, Jepun dan New Zealand. Sebagai Pengarah Urusan Team Some Sdn. Bhd. dan Canning Dim Sum Sdn. Bhd., beliau memainkan peranan penting dalam pembangunan industri makanan halal negara serta penciptaan peluang pekerjaan. Selain aktif dalam pelbagai NGO dan badan perniagaan, beliau juga komited dalam pembangunan usahawan, pendidikan serta program CSR komuniti. Kepimpinan cemerlang beliau telah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Anugerah Wanita Ikon Perak 2026/27.
Ibu Kuat, Anak Hebat.
“Memperkasa Ibu, Membina Generasi.”
Saya beriltizam memperkasa ibu dengan ilmu, sokongan dan keyakinan diri, mengeratkan hubungan keluarga serta membentuk generasi yang berakhlak, berdaya saing dan cemerlang.