Kelab Wanita Ikon Malaysia Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2026/27
Anugerah Wanita Ikon 2026/27 Selangor

Nurulhidayah Binti Ahmad Zahid

Wanita Ikon Selangor 2026/27

Biodata

Umur 47 tahun
Tarikh Lahir 26 October 1978
Pendidikan
  • PhD Candidate (Political Research), Universiti Selangor (UNISEL)
  • Master of Business Administration (MBA), Lincoln University College
  • Bachelor of Communication, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Kerjaya
  • Usahawan
  • Ahli Politik
  • Pengarah Eksekutif Menara Rezeki Sdn. Bhd.
  • Pengerusi Syarikat Tersenarai Awam MQTech Berhad
  • Ahli Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Pengasas TEEDO Hotel Kuala Lumpur
  • Pengarah Urusan KAK LONG Cooking Oil
Menarik Tentang

Menarik Tentang Nurulhidayah Binti Ahmad Zahid

YBhg. Datin Seri Dato’ Nurulhidayah binti Ahmad Zahid merupakan seorang pemimpin wanita berpengaruh yang aktif dalam bidang korporat, pendidikan, politik dan pembangunan masyarakat. Berbekalkan pengalaman lebih dua dekad dalam komunikasi strategik, tadbir urus, pembangunan komuniti dan kepimpinan organisasi, beliau kini memegang pelbagai jawatan penting termasuk EXCO Wanita UMNO Malaysia, Ahli Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pengerusi beberapa organisasi korporat serta sosial. Beliau turut dikenali atas komitmennya memperjuangkan pendidikan luar bandar melalui Gerakan Pendidikan Bumiputera Malaysia (GPBM), membantu memperluaskan akses pendidikan dan peluang TVET kepada anak-anak desa. Kepimpinan beliau yang berteraskan integriti, pembangunan insan dan pemerkasaan wanita telah menjadikan beliau antara tokoh wanita yang disegani di Malaysia.

Suara Calon

Manifesto

“Saya tidak menjanjikan kesempurnaan. Saya menjanjikan keikhlasan untuk berkhidmat, keberanian untuk memimpin, dan komitmen untuk memastikan setiap usaha memberi manfaat kepada masyarakat. Saya percaya, kejayaan seorang wanita bukan hanya diukur melalui pencapaiannya, tetapi melalui berapa ramai wanita lain yang berjaya dibimbing dan diangkat bersamanya. Bersama kita membina wanita yang berilmu, berdaya saing, berintegriti dan memberi inspirasi kepada Malaysia. Bismillah.”

— Legasi Wanita, Aspirasi Negara