Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2026/27
Ts. Maryani Hasan merupakan anak jati Melaka yang berjaya menggabungkan kepakaran dalam bidang teknologi, kejuruteraan dan pembangunan insan. Beliau berkhidmat sebagai Pakar Sistem Kualiti di Infineon Melaka serta merupakan Pengajar Bertauliah HRD Corp yang aktif berkongsi ilmu berkaitan Artificial Intelligence (AI), kualiti dan produktiviti. Selain kerjaya profesional, beliau juga merupakan usahawan yang mengasaskan FutureXpert Solutions dan LoveyLova.Events. Lebih menginspirasikan, beliau adalah seorang pejuang Kanser Paru-Paru Tahap 4 yang terus bangkit memperjuangkan pemerkasaan wanita, pembangunan belia dan kesejahteraan psikososial. Semangat juang, ketabahan dan dedikasi beliau menjadikan Ts. Maryani Hasan contoh wanita muda yang berani mencipta impak positif kepada masyarakat.
“Ujian yang hadir dalam hidup bukan untuk mematahkan kita, tetapi untuk membentuk kekuatan. Pengalaman inilah yang saya jadikan titik tolak untuk bangkit, membina kehidupan yang lebih bermakna, serta berkongsi ilmu dan kemahiran. Saya komited membimbing lebih ramai wanita agar berani melangkah, berdaya saing dan berdiri teguh menghadapi cabaran masa depan.”